Monday, March 3, 2014

New chapter of Part 4

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam dah selamat daftar kat kolej Mawar YEHET!!
Aku duduk aras 2, masih lagi di tepi tingkap. Dah 3 sem aku dapat bahagian tepi tingkap jeeee heee~~ suka suka. Roommate aku, akak. Part 6. Emm,, baru sembang gitu-gitu je. Semalam penat sangat nak interview kuikui *alasan.

Anyway dah start sem baru,, ada juga aku buat azam baru. Hihi azam kunun kan. Sem ni banyak subjek susah. Aku tamau main-main. Nak jaga carry mark. Rajin buat kerja dah tamau malas-malas. Pada aku, carry mark sangat penting. Salah satunya nak bagi semangat kat aku nanti. Katakan carry mark dah elok tinggi,, takkan nak buat main2 time final nanti,, rugi je. Lagi 1 katakan waktu final tu tak berapa nak perform sangat, insyaAllah carry mark boleh bantu. Jadi,, bila ada kuiz or Test kena buat betul-betul tamau main-main. Janji Atiqah? InsyaAllah.

Yang penting, kena perbetul niat belajar ni sebab apa. Ingat Allah. Selalu doa kan yang terbaik. Eceh,, macam tulis surat kat diri sendiri pulak rasa hihi.


oppa tembak kalau tak belajar betul-betul :p

Ok dah pukul 10 ada kelas,, nak pergi bersiap. Wish me good luck people!! *KRIK KRIK KRIK* ANNYONG~~~

*Nasib baik kat UiTM ada air, Alhamdullilah \ (^_________^)/

Terima Kasih daun keladi sudi baca, baca lagi.

Friday, February 21, 2014

Ikhlas ke cinta tu?

Assalamualaikum orang kampung.

Yeaaa,, hari ni ada pasor malam. Banyak makan tadi. Burppp,,kenyang sampai senak perut haha. Emmm,, lepas tu bising badan gemuk =.=''


Lepas tu baring macam ni, memang gendutlah ekau Tiqah oihhh.

Emmm, katakanlah awak2 ada pasangan. Pasangan awak2 tu gemuk. Bukan gemuklah, berisi. Apa awak nak buat?

(a) Suruh kuruskan badan. Eh dah aku kurus, pasangan aku pon kenalah kurus macam aku. Kata sehati sejiwa kan.

(b)Tinggalkan dia. Derrrr, sorry,, guwa hotsetap. Ramai yang nak. Takat awek/pakwe gemuk tu... guwa buat spare part je.

(c)Terima diaa seadanya. Comel paaa tembam. Baru best picit pipi*ehem kalau awak dah kahwin bolehlah nak picit pipi ok*



Hari tu lepak dengan Umi, ada Umi buka cerita pasal kawan dia. Yang pakwe super perfectionist terhadap awek dia. emm, awek dia ni berisi tembam. Bukanlah gemuk pon. So, pakwe ni suruh awek ni kuruskan badan. Kena bergaya hothot gitu. Dahlah pernah curang. Tapi awek ni still terima pakwe ngek ni. Dahlah pakwe ni bukan handsome tapi nak awek maintain cantik. Pftttt.

Kalau aku, dah lama kena tinggal. Sesuka hati je nak control hidup orang. Dah lah pernah curang. Hello, buat sekali berkemungkinan besar nak lagi. Dahlah nampak sangat pakwe dia ni tak ikhlas nak sayang awek ni. Eiii geram tau aku dengan orang macam ni. Kalau engkau tu handsome aku bolehlah terima kau nak awek kau cantik je. Ini,,, emmm fikirlah sendiri.

Yang awek ni pun, sayang tak bertempat. Sampai kena pijak kepala. Itulah kelemahan orang perempuan, kalau dah sayang...semua benda buruk terus nak butakan. Oh whyyyyy~~~~


*Berfikir*

Sebab itulah, nanti kalau aku nak cari calon suami, salah satu ciri dia yang perlu ada adalah,,, boleh terima aku seadanya. Which means,, kalau aku gemuk ke, dia boleh terima aku. Bukanlah aku tak boleh terima kalau dia nak ubah aku jadi better person. Mestilah aku nak dia bimbing ke jalan yang lebih baik. Tapi aku taknak lah dia nak ubah benda yang tak perlu di ubah. Kalau cinta tu ikhlas, mesti boleh terima pasangan seadanya kan?


*kalau dia pandai buat peace comel,lagi aku chenta :p*

Aku ni tak kurus, pipi tembam sebakul. Kuikui. Perangai tak berapa nak senonoh sangat. Muka terlebih matang dari usia tapi perangai masih macam budak-budak. Kuat tido malah bila hari buruk melanda,,, mood seperti halilintar. Kuikui kenapa kau macam nak promo diri sekarang ni Tiqah oiiii??? kahkah~~ Bukan-bukan,, aku cuma nak cakap betapa susahnya nak cari orang yang ikhlas cintakan kita.



*Nangis*

Dahlah, nak sambung tengok drama korea. Yang disogokkan dengan hero handsome plastic dengan kesetiaan dan sweet gila yang tak mungkin wujud.

*aku suka pic ni sebab nampak kurus kuikui*



#Cinta Nabi Muhammad terhadap umatnya tersangatlah besar dan ikhlas. Sampai dia saat sebelum kewafatan pun, baginda masih lagi ingatkan umatnya.


Terima Kasih daun keladi sudi baca, baca lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...